Covid-19: Seruan puasa sunat, munajat serentak esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang beragama Islam disarankan supaya bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT dengan serentak pada hari esok (Khamis) sebelum berbuka puasa sunat.

Saranan itu daripada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berikutan hari Khamis disunatkan kepada umat Islam untuk berpuasa.

- Advertisement -

Susulan itu, beliau meminta supaya orang ramai bermunajat dan berdoa secara serentak bermula jam 6.45 petang sehingga masuk waktu berbuka di kediaman masing-masing.

“Aturcaranya baca istighfar 100 kali, selawat (100) dan baca doa Nabi Yunus “Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zalimin” (100).

“Kemudian berdoa kepada Allah SWT semoga hilangkan wabak Covid-19 di negara ini dan seluruh dunia.

“Minta Allah hindarkan wabak ini mengenai kita dan keluarga serta saudara mara. Hanya kepada Allah kita memohon, mungkin ada doa di kalangan jutaan umat Islam, Allah makbulkan,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, terdapat tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak iaitu pemimpin yang adil, mereka yang dizalimi dan orang yang berpuasa sehingga berbuka.- HARAKAHDAILY 1/4/2020

- Advertisement -