Bomba terima 1 juta sarung tangan perubatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Sebanyak sejuta sarung tangan getah perubatan disumbang Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sarung tangan getah itu turut disumbang kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebanyak 2.5 juta dan Angkatan Tentera Malaysia 1 juta.

- Advertisement -

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali berkata, sumbangan itu sebagai menghargai barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu menangani wabak Covid-19.

Katanya, sumbangan terbabit diharap dapat melancarkan tugas penguatkuasaan anggota keselamatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Ia juga sekaligus mampu menghalang penularan wabak Covid-19,” katanya pada majlis berkenaan di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya hari ini.

Hadir sama Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, Ketua Setiausaha KPKT Dato’ Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Dato’ Mohammad Hamdan Wahid.- HARAKAHDAILY 1/4/2020

- Advertisement -