2 hari AMAL Perlis anjur derma darah

- Advertisement -

KANGAR: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Perlis menganjurkan program derma darah dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selama dua hari yang berakhir petang semalam.

- Advertisement -

Seramai 50 anggota AMAL dan individu tampil menderma darah pada program tersebut.

Pengarahnya Amirul Jufri Mat Saman berkata, program terbabit merupakan kali kedua diadakan pada tahun ini.

Katanya sambutan yang diterima membuktikan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah semakin meningkat.

“Alhamdulillah kami juga mendapat kerjasama daripada Alternative Riding Club (ARC) Perlis dan hadir sama ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS negeri bagi menjayakan program tersebut,” katanya di sini.

Manakala dalam perkembangan berkaitan AMAL Pusat membuka Tabung Kebajikan Wabak Covid-19. 

Menurut kenyataannya semalam dana itu akan digunakan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan sumbangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“AMAL mengalu-alukan sumbangan untuk misi bantuan dan kebajikan rakyat yang ditimpa kesusahan,” serunya.

Sumbangan boleh disalur melalui akaun rasmi AMAL Maybank – 563028619988 atau Bank Islam – 14014010133669 dan maklumat lanjut boleh hubungi 019 9819 139 (Wan Faisal Wan Abdullah).- HARAKAHDAILY 1/4/2020

- Advertisement -