Unjur kematian besar: Keceluparan LKS dikesali

- Advertisement -

SEDIH melihat bilangan kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 terus meningkat menjadi 37,849, dengan bilangan kematian didapati paling banyak berlaku di negara-negara berikut:

(1) Italy: 11,591
(2) Spain: 7,716
(3) China: 3,310
(4) USA: 3,176
(5) France: 3,024
(6) Iran: 2,757
(7) UK: 1,408
(8) Netherlands: 864
(9) Germany: 645
(10) Belgium: 513
(11) Switzerland: 359
(12) Turkey: 168
(13) Brazil: 167
(14) S. Korea: 166
(15) Sweden: 146
(16) Portugal: 140
(17) Indonesia: 122
(18) Austria: 108

Dilihat dalam konteks bilangan kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 ini, bilangan kematian yang berlaku di negara kita, iaitu 37, tidaklah terlalu teruk berbanding di negara-negara lain.

- Advertisement -

Malah, banyak pihak yang memuji keupayaan para petugas barisan hadapan Malaysia, khususnya para pegawai Kementerian Kesihatan, di dalam menangani COVID-19, termasuklah antaranya:
(1) https://malaysiagazette.com/2020/03/26/who-puji-usaha-malaysia-tangani-covid-19/
(2) https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/558965/duta-china-puji-petugas-barisan-hadapan-malaysia
(3) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667248/covid-19-duta-azerbaijan-puji-langkah-malaysia-tangani-penularan
(4) https://sea.mashable.com/culture/9704/us-professor-praises-malaysias-covid-19-enforcement-as-better-than-his-countrys

Paling menarik adalah kenyataan seorang ahli akademik dari Washington University, St. Louis, Dr Jason Hassenstab, bahawa Malaysia menangani COVID-19 lebih baik dari negaranya, US.

Oleh itu, untuk Lim Kit Siang mengunjurkan bahawa bilangan kematian akibat COVID-19 di Malaysia boleh menjadi 10,000-20,000 semata-mata kerana ada pihak di US mengunjurkan bahawa bilangan kematian di US boleh menjadi 100,000-200,000 adalah amat tidak bijaksana.

Apatah lagi jika tujuan unjuran bahawa bilangan kematian akibat COVID-19 di Malaysia boleh menjadi 10,000-20,000 ini dibuat adalah semata-mata kerana mahukan supaya satu sidang khas Parlimen diadakan bagi memuaskan hati dan mencapai matlamat pihak yang mengunjurkannya. Tertanya-tanya jika ada yang berani cabaikan mulut celupar Lim Kit Siang ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 31/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -