PKP: PAS Kg Pak Dollah prihatin penduduk terjejas

- Advertisement -

BUKIT GANTANG: Rintihan lebih 10 keluarga asnaf dan golongan yang terputus bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didengari oleh PAS apabila tampil menyampaikan bantuan, baru-baru ini.

- Advertisement -

Sumbangan barang dapur seperti beras, telur dan minyak itu telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan PAS Kampung Pak Dollah, Ramli Haron bersama Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan.

Beliau yang mewakili PAS Bukit Gantang telah menyerahkan sumbangan di beberapa lokasi seperti Kampung Pak Dollah, Kampung Teratai dan Taman Kamunting Aman, di sini.

Kata Ramli, sumbangan ini merupakan siri awal bantuan kepada asnaf dan golongan yang terputus bekalan makanan serta mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada seluruh rakyat

“Sekiranya orang ramai mahu menyumbang boleh salurkan ke akaun Maybank Tabung Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang, bernombor 5580 5130 4442,” jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan beberapa kali lagi siri penyerahan bantuan dalam tempoh PKP ini bagi membela mereka yang kesusahan.

Ramli turut mengingatkan asnaf yang ditemui dan orang ramai untuk sentiasa mematuhi arahan kerajaan seperti duduk di rumah serta penjarakan sosial bagi membendung wabak ini lebih menular. – HARAKAHDAILY 31/3/2020

- Advertisement -