Kenangan bermusafir dengan Dr Najmuddin Erbakan

- Advertisement -

HARI ini, dalam catatan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menceritakan Pengalaman beliau bermusafir bersama gurunya, Dr. Najmuddin Erbakan dan ahli-ahli Parlimen parti Islam ke Amerika Syarikat 20 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1990.

- Advertisement -

Dalam delegasi musafir itu, mereka ingin bertemu dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mencari jalan penyelesaian krisis di Bosnia dan Herzegovina pada ketika itu.

Bosnia-Herzegovina pada ketika itu menjadi perhatian dunia akibat peperangan yang mengorbankan ratusan ribu nyawa dimana berlaku pembantaian rakyat paling menyedihkan dalam sejarah moden Eropah terutama ke atas wilayah yang majoritinya Muslim.

Serangan keatas negara itu meletus setelah Presiden Republik Srpska mahu mengawal wilayah Serbia serta mahu mengusir rakyat Muslim Bosnia yang dikenali sebagai Turks.

Sisa peperangan yang dahsyat itu masih dapat dilihat pada tinggalan bangunan negara itu untuk menjadi pengajaran dan sejarah mereka.

Tuan Guru bersama delegasinya ketika itu mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Boutros Ghali, seterusnya bertemu dengan anggota Kongres Amerika dan Kedutaan Luar Amerika Syarikat.

Sewaktu di sana, menurut Tuan Guru, mereka dilayan secara tidak beradab, namun Erbakan Rahimahullah mengingatkan mereka agar bersabar dan teguh dalam mendepani pihak musuh.

Di sana, menurut Tuan Guru mereka mempelajari bahawasanya dalam mendepani situasi, perlu ada adunan semangat anak muda dan hikmah golongan tua iaitu orang yang berpengalaman dalam menghadapi cabaran dengan istiqamah dan bersikap teguh.

Tuan Guru diakhir catatannya mendoakan supaya Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum Erbakan (29 Oktober 1926 – 27 Februari 2011) dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

HARAKAHDAILY 31/3/2020

- Advertisement -