FAMA akan buka 97 pusat jualan segar terkawal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihak kerajaan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka pusat jualan segar terkawal di 97 lokasi seluruh negara.

- Advertisement -

Menurutnya, ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesesakan di pasar-pasar basah.

“Oleh itu, pihak kerajaan bersetuju supaya pihak FAMA membuka pusat jualan segar terkawal di 97 lokasi di setiap negeri.

“Pusat jualan ini khusus barangan basah sahaja. Tiada jualan lain seperti pakaian dan sebagainya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Lokasi Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal yang telah dikenalpasti merangkumi 10 Pasar Tani terpilih, 33 Pasar Tani kekal, 17 Pusat Operasi FAMA, 3 MyFarm outlet, 34 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan, dan Kompleks Jabatan dan Agensi yang bersesuaian.

Ismail berkata, pasar jualan ini akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 11.30 tengahari 2 kali seminggu.

Bagaimananpun katanya, langkah keselamatan akan diambil dengan penjarakkan sosial akan diperketatkan serta gerai-gerai dijarakkan supaya tidak berlaku kesesakan.

Dalam masa yamg sama, pintu keluar masuk akan dikawal oleh pihak polis dan tentera supaya segala pergerakan terkawal. – HARAKAHDAILY 31/3/2020

- Advertisement -