Covid-19: 43 kematian direkodkan setakat ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mangsa korban akibat penularan wabak jangkitan Covid-19 mencatatkan penambahan sebanyak 6 kematian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 43 kes dilaporkan hari ini.

- Advertisement -

Berikutan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu yang positif jangkitan dilaporkan sebanyak 140 kes menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 2,766 kes.

Bagaimanapun, kes sembuh daripada jangkitan hari ini melaporkan jumlah yang tinggi dimana 58 pesakit telah didiscaj dengan jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah 537 menjadikan kes aktif adalah sebanyak 2,186.

“Daripada jumlah 2,186 itu, 94 daripadanya mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 60 daripada jumlah itu kini memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Kes kematian ke-38 merupakan warganegara Malaysia berumur 48 dengan latar belakang penyakit darah tinggi, manakala kes ke-39 berusia 69 tahun dengan latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, kes ke-40 juga berusia 69 tahun dengan latar belakang kencing manis dan darah tinggi, dan kes ke- 41 merupakan warganegara Indonesia berusia 40 tahun.

Kes ke-42 merupakan warganegara Malaysia, lelaki berusia 81 tahun dengan latar belakang sakit jantung, manakala kes ke-43, lelaki berusia 63 tahun dengan latar belakang kencing manis dan sakit jantung. – HARAKAHDAILY 31/3/2020

- Advertisement -