Selaras bantuan melalui pejabat tanah – Menteri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sumbangan dan bantuan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada keluarga yang terjejas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diselaraskan.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Takiyuddin Hassan sumbangan perlu disalurkan menerusi Pejabat Tanah dan Jajahan kerana pengawainya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah.

“Ini termasuk pengagihan juga agar kita tidak mahu terlalu banyak pergerakan, melalui Pejabat Tanah mereka mempunyai mekanisma pengagihan sendiri.

“Antaranya ada pihak berkuasa seperti Rela, Polis dan sebagainya. Bantuan tersebut boleh disalur anggota terbabit kepada penduduk yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Kelantan di Kota Darulnaim semalam.

Menurutnya juga kerajaan tidak menggalakkan mana-mana wakil rakyat turun padang menyampaikan sumbangan secara terbuka kepada rakyat memandangkan sebarang perhimpunan dikhuatiri menjadi punca penularan wabak Covid-19. – HARAKAHDAILY 30/3/2020

- Advertisement -