Polis Kelantan perketat kawalan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis memperketatkan lagi kawalan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya tidak lagi mengeluarkan nasihat sebaliknya akan membuat tangkapan terhadap individu yang ingkar.

“Kepada sesiap yang ingkar arahan ini dengan sengaja memang kita tidak akan berkompromi, susulan itu beberapa tangkapan dibuat di seluruh daerah di Kelantan.

“Sudah ada tangkapan yang kita lakukan, jadi sehingga kini seramai 94 orang yang betul-betul tidak dengar kata sudah ditangkap dan dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Kelantan di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.

Tambah Hasanuddin lagi, pihaknya juga memberi tumpuan terhadap netizen yang pergi ke lokasi terpencil dengan alasan dapat lari dari pelaksanaan PKP, yang dimasuk dalam media sosial. – HARAKAHDAILY 30/3/2020

- Advertisement -