PKP diperketat mulai 1 April

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi peringkat kedua akan bermula 1 April ini dengan sekatan pergerakan akan dipertingkatkan lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada tahap kedua ini berbeza dengan PKP tahap pertama apabila tindakannya lebih tegas, namun masih lagi membenarkan pergerakan dan kedai-kedai yang dibenarkan beroperasi masih dibuka.

“Fasa kedua ini tidak sama dengan yang berlaku di Simpang Renggang dan Hulu Langat yang tidak boleh keluar rumah langsung dan makanan di hantar.

- Advertisement -

“Ia bukan perintah berkurung seperti yang diwar-warkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jelasnya, waktu operasi pasaraya, kedai yang menjual barangan keperluan hari, restoran (bungkus sahaja) dan stesen minyak dibenarkan buka daripada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja termasuk operasi penghantaran makanan ke rumah-rumah.

Manakala operasi bagi pengangkutan awam kekal daripada 6 bagi hingga 10 malam dan daripada 5 petang hingga 10 malam.

“Kita mengambil kira ada pekerja yang shift habis malam. Bagaimanapun, teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi daripada 6 pagi hingga 10 malam,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Ismail memaklumkan bahawa sekatan jalan raya di plaza tol seluruh negara akan dipertingkatkan.

Menurutnya, sebanyak 23 sekatan jalan raya di tol dilaksanakan dan bermula semalam ditingkatkan kepada 65 sekatan malahan akan ditingkatkan kepada 114 sekatan di plaza tol seluruh negara.- HARAKAHDAILY 30/3/2020

- Advertisement -