PKP: Kompaun akan dikenakan jika masih ingkar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa masih ramai rakyat yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu.

Katanya, semalam sahaja sebanyak 649 penahanan telah dibuat oleh pihak polis berikutan ingkar arahan PKP.

- Advertisement -

“Semalam terdapat 649 individu ditahan. Ini bermakna berganda daripada sebelumnya,

“Daripada 649 tangkapan dibuat, seramai 73 individu telah dituduh di mahkamah dan mengaku bersalah.

“Walaupun tindakan lebih tegas dilaksanakan, didapati masih ramai yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jelasnya, pihak polis telah diberi kebenaran untuk mengambil tindakan lebih tegas antaranya mungkin akan mengenakan kompaun dan sebagainya selain membawa mereka ke mahkamah.- HARAKAHDAILY 29/3/2020

- Advertisement -