KKM mengalukan sukarelawan kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan perkhidmatan kesukarelawan kesihatan dan perubatan dalam membantu pihak kesihatan dalam menangani penularan Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 157 sukarelawan telah menyertai dan ditugaskan sebagai sukarelawan yang ditempatkan secara berperingkat bagi membantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19.

- Advertisement -

“Seramai 1,008 orang sukarelawan bakal menyertai pasukan perubatan di hospital meliputi pelbagai bidang perubatan.

“Mengambil kira situasi semasa, pihak KKM menyeru lebih ramai sukarelawan dapat tampil menyertai pasukan tersebut,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambahnya, mereka yang ingin menyertai pasukan berkenaan boleh mengisi borang pendaftaran anggota sukarelawan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19 di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.- HARAKAHDAILY 29/3/2020

- Advertisement -