Seolah Tabligh yang membawa COVID-19

- Advertisement -

KORONAVIRUS sudah melayang-layang di ruang udara Malaysia sebelum jamaah Tabligh mengadakan himpunan besar-besaran di Masjid Seri Petaling. Ia sudah hinggap kepada mangsa pada sekala kecil. Ia sudah pun menjadi isu ketika ahli Tabligh bergerak ke Sri Petaling.

- Advertisement -

Ribuan kumpulan ini tidak peka dengan isu dunia, maka dipersetannya segala yang tular itu seolah-olah kuman itu tidak gemar kepada orang Tabligh. Ia mesasarkan semua manusia yang bukan anggota Tabligh.

Hatta sesudah Masjid Seri Petaling ditembusi COVID-19 orang Tabligh buat dak saja seolah-olah wabak itu sahabat mereka, bukan puaka yang datang demi memangsakan mereka.

Bukan mereka datang ke situ masing-masing membawa COVID-19. Mereka tidak tahu pun. Tetapi dalam ramai-ramai itu entah peserta dari negara mana telah ditenggek oleh setan itu. Orang yang ditenggeknya itu tidak sedar ia nenenggek dan sekali seekor saja menenggek, nescaya berpecah kepada beberapa ekor dan dalam waku yang singkat menjangkiti siapa sahaja yang tergesel dan bertukar nafas.

Orang yang ke Seri Petaling itu sudah ditular menjadi pembiak COVID-19 dan mereka diseru supaya menemui agensi pencegah supaya disaring dan dibantu dan diselamatkan. Tetapi mereka tidak peka segala amaran keduniaan.

Mereka adalah golongan orang yang mendekati Allah. Orang baik-baik yang hendak menjadi orang yang disayangi Allah. Antara mereka dahulunya tidak hiraukan agama dan Allah.
Tetapi sesudah lekat dengan jamaah Tabligh, mereka menjadi orang amat dekat kepada Allah dan sedia memberi apa sahaja asal dapat menjadi kekasih Allah.

Apa sumbangan mereka kepada masyarakat dan negara usah ditanya, tetapi mereka tidak menghiraukan orang lain, mereka buat kerja dengan kumpulan sendiri supaya dekat dengan Allah. Ada Mat rempit yang mereka dekati, lalu menjadi pengikut mereka, bahkan berdakwah bersama mereka, sedia berkorban apa sahaja.

Saya mengikhtiraf sumbangan dan pentingnya mereka. Mengikut caranya sendiri mereka tidak jenayah dan siapa yang ikut mereka menjauhi jenayah. Jika dunia penuh dengan Tabligh mungkin pupus jenayah..

Sayangnya mereka tidak cenderung politik dan mengira politik tidak ada dalam dunia Allah sama seperti yang difikirkan oleh sekalian golongan sekular..

Antara kerja politik itu adalah mencegah jenayah dan membendung COVID-19, ia boleh mengalih tumpuan mereka mendekai Allah, maka ramai tidak hirau untuk berjumpa doktor dan bila mereka bersurai dari Seri Petaling mereka menyorok di tempat masing-masing tanpa menyedari COVID-19 sudah pun bersarang di tubuh masing-masing.

Yang dihinggapi COVID-19 orang lain pun ramai, tetapi dikenal pasti yang bersama Tabligh adalah satu kumpulan yang rasmi. Dengan mencegah COVID-19 dari mereka, anak, isteri dan keluarga masing-masing dapat diselamatkan.

Kerana ramai darinya berpaling dari usaha kementerian mencegah COVID-19, tersemat kepada semua ia adalah degil dan tidak peduli sesuatu yang baik dari kerajaan. Polis terpaksa mencari dan mengambil yang degil itu untuk disaring dan diselamatkan.

Mereka mungkin negatif COVID-19, tapi sikap negatif membenteras COVID-19 itu orang melihatnya negatif sedang Tabligh ada sumbangan mengajak orang jadi baik.

Antara Malaysia yang mati satu demi satu orang Tabligh. Takut nanti Tabligh menyumbang kematian yang ramai.

- Advertisement -