UMK hasilkan pelindung muka 3D

- Advertisement -

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencipta alat pelindung muka jenis 3D (3D Shield Visor) dan peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid–19.

- Advertisement -

Sebelum ini UMK menghasilkan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Projek PPE Covid-19 kerjasama Fakulti Teknologi dan Warisan (FTKW), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Selain itu Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Dekan FTKW Dr Hanisa Hassan berkata, pelaksanaan projek PPE Covid-19 merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UMK untuk membantu membekal peralatan perlindungan kepada petugas di barisan hadapan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan anggota keselamatan.

“Dijangka UMK dapat membekalkan sebanyak 300 set peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan 500 unit pelindung muka jenis 3D untuk sokongan perlindungan keselamatan dalam mengekang penularan wabak virus Covid-19.

“Kita jangka dapat siapkan sekurang-kurangnya 300 set PPE dalam tempoh terdekat. Bahan-bahan keperluan disumbang MAIK melalui dana yang disalurkan kepada PBSM,” katanya di sini.

Sebelum itu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts Dr Arham Abdullah meninjau proses penghasilan Alat Pelindung Muka Jenis 3D dan Peralatan Perlindungan Diri di Bengkel FTKW, UMK Bachok.

Turut hadir Pustakawan PPI, Amirul Firdaus Zilah.

Dr Hanisa juga berkata, pihaknya bersedia untuk menawarkan pengetahuan dan kepakaran termasuk kelengkapan teknologi mesin yang digunakan pada program pengkhususan bidang tekstil. – HARAKAHDAILY 28/3/2020

- Advertisement -