PRIHATIN: Ekonomi berkembang dari bawah

- Advertisement -

PASIR MAS: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi suntikan ekonomi yang disifatkan bermula dari bawah iaitu memperkasa ekonomi rakyat.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, rangsangan ekonomi yang diumum perdana menteri semalam bermula dari bawah.

Katanya rakyat boleh berbelanja dengan wang bantuan yang diberikan membolehkan ekonomi berkembang dari bawah.

“Ia juga akan memberi manfaat kepada peruncit, pemborong dan syarikat pengeluar. Rantaian ini akan memberi kerancakan ekonomi di negara kita,” ujarnya ketika ditemui selepas mengagihkan sebanyak 600 kilogram ikan cencaru kepada 52 penghulu dalam parlimen berkenaan hari ini.

Ikan terbabit akan diagih penghulu kepada penduduk miskin di kawasan masing-masing.

Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, pakej tersebut menunjukan kerajaan PN betul-betul mahu merangsang ekonomi rakyat walaupun negara dilanda wabak Covid-19.

HARAKAHDAILY 28/3/2020

- Advertisement -