PKP: Warga asing masuk guna ‘jalan tikus’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa masih terdapat kemasukan warga asing ke negara Malaysia dengan melalui ‘jalan tikus’, walaupun pintu sempadan telah ditutup.

Namun, katanya pihak polis telah mengenalpasti ‘jalan-jalan tikus’ berkenaan dan satu tindakan tegas akan dilakukan bagi memastikan tiada lagi kemasukan warga asing melalui ‘jalan tikus’ ke negara ini.

Sementara itu, beliau juga meminta supaya rakyat berhati-hati dengan pihak digelar ‘scammer’ yang cuma mengambil kesempatan untuk menipu berikutan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan.

- Advertisement -

Katanya, ia berikutan terdapat ‘scammer’ yang mengambil kesempatan untuk membuat penipuan dengan mengeluarkan tawaran-tawaran melalui media sosial dan sebagainya yang meminta supaya menghantar maklumat pribadi.

Justeru itu, beliau berharap agar semua rakyat berhati dan tidak terpengaruh dengan scammer dan penipuan yang cuba mengambil kesempatan disaat krisis yang sedang melanda negara ini.

Tambahnya lagi, sejak PKP dilaksanakan sejak 18 Mac yang lalu, pihak polis telah membuka sebanyak 393 kertas siasatan berhubung jualan palsu atas talian, seperti penjualan penutup mulut dan hidung yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM3 juta.- HARAKAHDAILY 28/3/2020

- Advertisement -