PKP: Dato’ Tuan jengah warga Kubang Kerian

- Advertisement -

KUBANG KERIAN: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man tetap meluangkan masa menunaikan tanggungjawab di kawasan diwakilinya disebalik kesibukan tugas di peringkat Kerajaan Persekutuan.

- Advertisement -

Beliau juga selaku Timbalan Presiden PAS telah ke beberapa lokasi untuk mengagihkan bantuan kepada rakyat termasuk anak-anak muda yang memerlukan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menteri Alam Sekitar ini turut melawat dan menyalur bantuan ke Pejabat Penggawa Kubang Kerian dan berjumpa staf barisan hadapan yang bertugas di Balai Polis Binjai, di sini hari ini.

Pada kesempatan sama, beliau juga meninjau operasi gerak kerja pasukan kesihatan dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Kelantan yang gigih membantu mengendalikan pandemik COVID-19.

Kunjungan dan lawatan sedemikian juga memberi ruang serta peluang kepada Dato’ Tuan Ibrahim menyuntik motivasi dan kebersamaan beliau serta penghargaannya kepada semua pihak terbabit. – HARAKAHDAILY 28/3/2020

- Advertisement -