Pakej PRIHATIN banyak manfaat untuk rakyat

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu yakin dengan iltizam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang komited dengan pelaksanaan yang telus, adil dan pantas terhadap sasaran rakyat.

- Advertisement -

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, meskipun pakej RM250 bilion itu amat besar tetapi bermatlamatkan kepentingan rakyat dan ekonomi negara.

Katanya, secara umum pakej rangsangan itu melegakan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19.

“Sudah pasti jumlah RM250 bilion itu adalah amat besar, dengan bermatlamatkan untuk melindungi rakyat, menyokong sektor perniagaan dan pengukuhan ekonomi negara.

“Walaupun jumlah sebenar kurang daripada itu, kerana ada inisiatif itu ada dalam bentuk untuk memanfaatkan kewangan seperti penangguhan bayaran dan sebagainya.

“Namun, pakej ini secara umum dan khususnya melegakan kalangan rakyat yang terkesan akibat dari Covid-19,” ujarnya ketika mengulas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, semalam.

Sehubungan itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin terhadap pakej rangsangan ekonomi tersebut.

“Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat negeri Terengganu melahirkan perasaan terima kasih di atas pengumuman oleh YAB Perdana Menteri terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Perhatian Rakyat 2020, yang secara asasnya adalah untuk menangani keadaan sosio-ekonomi terkini yang terkesan akibat daripada Covid-19, yang sedang melanda negara kita.

“Sudah pasti jumlah RM250 bilion itu adalah amat besar tetapi bermatlamatkan untuk melindungi rakyat, menyokong sektor perniagaan dan pengukuhan ekonomi negara.

“Walaupun jumlah sebenar kurang daripada itu, kerana ada inisiatif itu ada dalam bentuk untuk memanfaatkan kewangan seperti penangguhan bayaran dan sebagainya.

“Tanpa mengira latar belakang politik dan kaum. Pelaksanaan inilah yang nanti akan dinilai oleh rakyat,” tegasnya.

Kata Dr Samsuri, terdapat juga bantuan yang boleh dikategorikan ‘one-off’ perlu diurus dengan perancangan agar mampu menjadi asas untuk rakyat berdikari serta bergerak sendiri selepas itu.

Pada 27 Mac, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan pakej rangsangan itu sebanyak RM250 billion dengan bermatlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi ketika menghadapi kesan Covid-19.

Pakej rangsangan itu termasuklah RM20 billion yang telah diumumkan sebelum ini dan hampir RM128 bilion disalurkan bagi kebajikan rakyat serta RM100 bilion untuk sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk mengukuhkan ekonomi negara.

HARAKAHDAILY 28/3/2020

- Advertisement -