Exco Terengganu potong 50% dua bulan gaji

- Advertisement -

KERAJAAN Negeri melancarkan Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu bagi membuka peluang kepada semua rakyat yang prihatin, penderma korporat dan syarikat swasta untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak pandemik ini di negeri Terengganu.

- Advertisement -

Inisiatif ini diambil dengan menyedari tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan memberikan impak yang lebih besar kepada sosio-ekonomi rakyat negeri ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 13017010034566 atas nama Tetuan Akauntan Negeri Terengganu.

Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai dengan mengikut tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebagai sumbangan permulaan, saya bersama dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu akan membuat pemotongan 50 peratus daripada dua bulan gaji untuk dimasukkan dalam tabung berkenaan.

Saya merayu dan berbesar hati supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan bagi menunjukkan semangat kesatuan dan kecaknaan kita bersama.

Sebarang persoalan boleh hubungi Sekretariat Tabung Darul Iman di talian 09-6233535 atau layari http://stdi.terengganu.gov.my.

Semoga dengan sedekah dan sumbangan daripada penderma yang ikhlas akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

DATO’SERI DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
HARAKAHDAILY 28/3/2020

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=637586773465574&id=230516164172639
- Advertisement -