M40 ke bawah terima Bantuan Prihatin Nasional

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memperuntukan keseluruhan RM250 bilion untuk membantu rakyat.

Dalam pengumumannya, PM menyatakan rakyat di bawah Kategori M40 ke bawah akan menerima Bantuan Prihatin Nasional termasuk pekerja swasta dan lain-lain.

Semua terjejas bantuan Prihatin nasional iahtu tunai one off berjumlah RM10 bilion akan disalur kpda M40 ke bawah bermula April ini.

Advertisement

Kata beliau, RM1,600 diberi kepada 4 juta rakyat yang berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah dimana bayaran pertama RM1,000 pada April dan bakinya RM600 pada Mei.

Sementara RM 1,000 pendapatan diatas RM4,000 hingga RM800 di mana dua kali bayaran akan dibuat pada April dan Mei.

Sebanyak RM800 pula diberi kepada golongan bujang 21 tahun ke atas yang mana pendapatan bulanan mereka RM2,000 ke bawah.

Bagi golongan bujang yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 pula akan menerima RN500 kepada 400,000 penerima dalam kategori ini.

Penjawat awam pula akan menerima RM500 secara one off dalam kategori Gred 56 ke bawah.

Beliau berkata demikian dalam satu pengumuman Khas Pakej Rangsangan Ekonomi sebentar tadi yang disiarkan secara langsung melalui RTM.

Menurut beliau, ia sebagai usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan segenap rakyat terjamin.- HARAKAHDAILY 27/3/2020