Polis tahan 110 individu ingkar PKP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Terdapat 110 individu yang berjaya ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pelaksanaannya bermula 18 Mac lalu.

Kebanyakan yang ditahan adalah membabitkan kesalahan ingkar arahan dan mencabar tugas anggota ketika sekatan jalan raya.

- Advertisement -

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis mungkin akan mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya masih ramai yang ingkar.

“Saya dah perjelaskan dan memberi peringatan beberapa kali bahawa cara polis mungkin berubah daripada nasihat dan berhemah kepada tindakan yang lebih tegas,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya menerima banyak mesej daripada rakyat supaya kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada mereka yamg masih tidak patuh arahan.

“Ini adalah kemahuan rakyat juga. Saya menerima banyak mesej daripada rakyat yang mengatakan (tindakan) perlu lebih tegas.

“Mereka tidak mahu kerana 5 peratus yang degil memberi kesan kepada 95 peratus yang akur kepada arahan kerajaan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa pihak polis sudah bertindak tegas dengan memulakan penahanan mulai semalam.- HARAKAHDAILY 26/3/2020

- Advertisement -