Doa titipan hamba

- Advertisement -

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ
‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

- Advertisement -

Alhamdulillah kami bersyukur kepada-Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

Ya Allahu Ya Ghafar. Ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, dosa-dosa pasangan hidup kami, dosa-dosa seluruh ahli keluarga kami, dosa-dosa seluruh kaum muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat.

Ya Allahu Ya Wahab. Kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan, kesihatan akal fikiran, kesihatan hati nurani dan kesihatan semua panca indera kami.

Ya Allahu Ya A’zim. Panjangkanlah usia kami. Berkatilah umur kami supaya sentiasa dalam beriman pada-Mu Ya Allah

Ya Allahu Ya Rahman Ya Rahim. Tingkatkanlah keimanan kami, ketakwaan kami, kesabaran kami. Suburkanlah perasaan dan sifat-sifat kasih mengasihi, sayang menyayangi, hormat menghormati sesama kami hamba-hamba-Mu Ya Allah

Kami mohon padamu Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, kesenangan, kedamaian, kebahagiaan, ketenangan di dunia dan di akhirat.

Ya Allahu Ya Latip. Permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat kami. Jauhkanlah kami daripada sifat-sifat dan perkara-perkara yang melalaikan kami, sikap malas, sifat sombong, sifat berpura-pura, sifat riak, sifat hasad dengki.

Ya Haiyu Ya Qaiyum. Jauhkanlah, hindarkanlah dan lindungilah kami semua daripada perkara-perkara yang mendatangkan keburukan, kejahatan, bahaya, bala bencana, malapetaka, bersangka buruk, bermusuhan, berselisih faham. Jauhkanlah kami daripada fitnah dunia dan fitnah akhirat

Allahuma Ya Razaq. Kurniakan, bukakan dan permudahkanlah kepada kami rezeki yang halal lagi barakah.

Ya Allahu Ya Syukur. Sesungguhnya kami mensyukuri nikmat yg telah engkau berikan kepada kami. Kurniakanlah kepada kami kejayaan di dunia dan di akhirat dengn Rahmat serta keredhaan-Mu Ya Allah

Ya Allah bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-selamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya Allah.                                                   

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

- Advertisement -