PKP: PAS Kg Sayong dapat sumbangan dari London

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Kangsar tidak ketinggalan bersama turun menyelami masalah penduduk yang terputus sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Inisiatif itu digerakkan PAS Cawangan Kampung Sayong di mana menganjurkan Projek Bantuan Khas COVID-19 dengan memberi sumbangan keperluan harian bagi meringankan beban penduduk yang terkesan.

Bantuan khas ini mendapat sambutan yang memberansangkan, hingga menarik perhatian warga Malaysia di London yang turut memberi sumbangan wang.

Dalam projek ini, seramai 40 keluarga telah menerima bantuan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, telur, minyak masak, gula, ikan masin dan lain-lain keperluan.

PAS Kampung Sayong mensasarkan lebih banyak lagi hasil sumbangan agar lebih ramai masyarakat memerlukan ini mendapat faedah menerusi bantuan yang disampaikan.

Menurut Ketua PAS Kampung Sayong, Ruhayat Mohd Nazir, usaha ini diambil sebagai tanda keperihatian kepada keadaan semasa yang pastinya memberikan kesan kepada sumber kewangan kepada penduduk.

Khususnya kata beliau, dalam kalangan penduduk yang tidak dapat meneruskan kerja seharian kerana rata-rata bekerja sendiri di mana mereka terjejas sumber pendapatan untuk menyara hidup.

Pematuhan PKP pada ketika ini dilihat sangat penting kerana ia satu-satunya cara yang boleh dibuat bagi memastikan usaha menyekat penularan virus COVID-19 ini berjaya.

“Kita ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dari Kampung Sayong juga di luar Kampung Sayong yang turut prihatin kepada masalah yang dihadapi ole penduduk kampung.

“Kami terharu kerana program ini turut menarik warga Malaysia yang berada di London untuk turut sama menyumbang menjayakannya.

“Kita juga ingin mengucapkan syabas kepada jawatankuasa khas yang dibentuk, yang terdiri dari ahli PAS Cawangan Kampung Sayong yang memainkan peranan dalam mengagihkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Tidak lupa kepada petugas kesihatan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat daripada KKM yang sedang bertungkus lumus di hospital-hospital bagi merawat rakyat Malaysia yang dalam saringan mahupun positif COVID-19,” ujar beliau.

Kata beliau lagi, pada setakat ini mereka telah menerima sumbangan sebanyak RM1,700 dan telah membelanjakan lebih RM1,500 untuk fasa pertama.

Sumbangan bagi projek bantuan Kkhas ini masih dibuka kepada warganegara Malaysia yang prihatin untuk menyalurkan sumbangan ikhlas, boleh hubungi Makmun Zulkefli di talian 0174671243 atau Hayat Nazir di talian 0123146246. – HARAKAHDAILY 25/3/2020

- Advertisement -