PKP: Berbaki seminggu, terus patuhi pihak berkuasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memperlihatkan peningkatan kesedaran dan pematuhan kepada 95 peratus, malah kes COVID-19 menunjukkan pertambahan yang membayangkan harapan ia mampu dikekang.

- Advertisement -

Dari data rasmi dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 106 kes baharu direkodkan menjadi jumlah kumulatif terkini adalah 1,624 kes, manakala angka kematian bertambah seorang kepada 15 nyawa setakat 12:00 tengahari semalam.

Statistik KKM tersebut walaupun mencatat peningkatan, tetapi ia disumbangkan oleh keberkesanan pihak berkuasa mengesan kontak yang disyaki dijangkiti dan akan mampu ditangani dari keberkesanan rakyat mematuhi PKP.

Oleh itu, walaupun skala pemantauan dan kawalan diperbesarkan dengan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun pendekatan memahamkan dan menasihati rakyat tetap diteruskan oleh pihak berkuasa.

Pun begitu, masih terdapat mereka yang degil apabila mengingkari PKP menyebabkan 695 laporan polis direkodkan dengan 46 kes telah dibuka kertas siasatan untuk tindakan undang-undang diambil, setakat kelmarin.

Selain itu, antara masih menerima teguran pihak Majlis Keselamatan Negara apabila kelihatan orang awam masih tidak berwaspada dalam menjaga jarak sosial sedangkan risiko penyebar atau diri menjadi pembawa masih wujud.

Oleh yang demikian, rakyat terus diharap untuk menjayakan PKP yang berbaki hanya lagi seminggu untuk memutuskan rantaian COVID-19 dan melengkapkan tempoh inkubasinya selama 14 hari.

Kerana jika ia gagal, bukan sahaja tempoh PKP terpaksa dilanjutkan atau berubah kepada perintah darurat, malah lebih banyak tindakan perundangan perlu dikuatkuasakan, selain berdepan ancaman COVID-19 yang lebih ganas. – HARAKAHDAILY 25/3/2020

- Advertisement -