Pastikan rakyat tidak terbeban kos tambahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan wajib memastikan rakyat tidak akan dibebankan dengan sebarang kos tambahan seperti caj, faedah, keuntungan dan sebagainya akibat penangguhan ini.

- Advertisement -

Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat DanPerumahan ( REACH ), Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ini berikutan ramai yang bertanya sama ada peminjam akan menanggung sebarang kos tambahan akibat penangguhan ini.

Menurut beliau, rakyat telah menanggung beban dan adalah wajar kos-kos tambahan ini dikecualikan atau ditanggung oleh pihak bank.

Katanya, semua pihak telah berkorban di dalam suasana hari ini iaitu COVID-19 sebab itu bank juga perlu berkorban.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, penangguhan pembayaran pinjaman selama 6 bulan untuk individu dan industri kecil sederhana akan dapat membantu rakyat dan telah membuktikan keprihatinan serta kesungguhan kerajaan.

Sehubungan itu, REACH mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang mendengar desakan rakyat supaya ditangguhkan pembayaran balik pinjaman bank untuk meringankan beban mereka ketika penularan wabak COVID-19.

HARAKAHDAILY 25/3/2020

- Advertisement -