Korban Covid-19 cecah 17 orang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Angka korban wabak Covid-19 merekodkan pertambahan hari ini dengan satu lagi kematian menjadikan jumlah kes kumulatif kematian sebanyak 17 orang.

Memetik pengumuman dari Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah di akaun rasmi Facebooknya, kes kematian ke-17 adalah kes ke-1,251 merupakan pesakit berusia 66 tahun pengidap beberapa penyakit kronik.

- Advertisement -

“Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020.

“Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari sama.

“Mangsa disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac jam 4.10 pagi,” tulis Noor Hisham.

Pihak Kesihatan katanya masih menyiasat punca mangsa terkena jangkitan Covid-19.

Malaysia merekodkan jumlah positif wabak Covid-19 seramai 1,624 kes setakat hari ini.

Diramalkan akan berlaku pertambahan kes dari masa ke semasa. Justeru itu, orang awam dirayu supaya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian Covid-19.- HARAKAHDAILY 25/3/2020

- Advertisement -