Doa hari ini

- Advertisement -

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

- Advertisement -

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para Sahabatnya. 

Alhamdulillah kami bersyukur kepada-Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau telah kurniakan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah S.A.W dan kami minta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah S.A.W.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada Engkau iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan baik yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati kami, hidupkanlah hati kami, sembuhkanlah  segala penyakit yang berada dihati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.ِ

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami sentiasa menyedari hakikat ketuhanan-Mu dan kerajaan-Mu dan masa depan kami di Akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami,  jadikanlah kami hamba-Mu yang mengabdi diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya.

Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami sentiasa menyedari masa depan kami diakhirat nanti dan jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman, dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada didalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman Syurga, selamatkanlah kami dari segala azab kubur dan janganlah Engkau jadikan kubur kami salah satu lubang dari lubang-lubang Neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkan lah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkan lah kami ke dalam 7 golongan orang yang mendpat naungan ‘Arasy Engkau Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah kami semasa kami djalankan hisab, hisab lah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan. Berilah kami peluang untuk mendapat syafaat Nabi kami Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikan lah kami hamba mu yang berjaya dalam hidup dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan untuk meminum air dari kolam Nabi kami al-Kauthar, selamatkan lah kami semasa menyeberangi Titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, kami pohonkan syurga tanpa hisab, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya.

Ya Allah selamatkan kami dari perkara-perkara yang membawa kami ke neraka.

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami, keluarga kami, jiran-jiran kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami dan seluruh kaum muslimin serta muslimat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini. Ya Allah mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad S.A.W. dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ… آمِيْنُ… آمِيْنُ… يَا رَبِّ الْعَالَمِين

- Advertisement -