172 kes baharu, 4 kematian – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata 172 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan kes keseluruhan 1796 kes.

- Advertisement -

Sementara empat kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kes kematian wabak COVID 19 sebanyak 19 kes.

Kata Dr Noor Hisham, daripada 172 kes direkodkan yang mana 71 kes adalah daripada kluster perhimpunan Ijtimak Tabligh Masjid Jamek Sri Petaling.

Turut direkodkan hari ini, 73 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disahkan positif Covid-19 manakala 43 kes adalah daripada majlis perkahwinan yang dihadiri oleh peserta perhimpunan tabligh.

Kakitangan KKM yang disahkan positif Covid-19 adalah dari Hospital Teluk Intan, Perak iaitu seramai 37 orang dan bakinya dari Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab Kelantan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang.

Baki daripada jumlah kes positif Covid-19 dilaporkan sebagai punyai rekod dari lain-lain sejarah ke luar negara dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit wabak berkenaan.

Sementara itu seramai 45 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Wabak Covid-19 merekodkan peningkatan dari semasa ke semasa memaksa kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pada awalnya dari tarikh 18 Mac sehingga ke 31 Mac kepada 14 April depan.

Langkah ini diambil kerajaan ekoran terdapat trend pertambahan kes positif wabak Covid-19 daripada kes-kes baharu.

Sehubungan itu, kerajaan merayu kepada rakyat Malaysia supaya patuh kepada arahan PKP bagi memutuskan rantaian Covid-19 daripada terus merebak dan membarah.- HARAKAHDAILY 25/3/2020

- Advertisement -