Hubungi KKM untuk derma darah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin menderma darah diminta menghubungi talian hotline Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan menggerakkan petugas kesihatan untuk mengambil darah daripada penderma dari rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, ia berikutan bekalan tabung darah kini mengalami kekurangan namun pihaknya sudah mengawal penggunaannya untuk rawatan lain di hospital.

“Sekarang ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan, semua orang dihadkan keluar. Mereka yang ingin menderma boleh hubungi kita dan petugas kesihatan akan datang ke rumah untuk ambil bekalan darah,” katanya pada sidang media hari ini.

- Advertisement -

Dalam pada itu, katanya pihak KKM kini sedang mengenal pasti 3,000 jururawat yang sudah bersara untuk dipanggil kembali bagi menampung kekurangan petugas kesihatan ketika ini.

Sementara itu, beliau meminta supaya mereka yang memiliki gejala wabak Covid-19 pada peringkat awal supaya segera ke hospital untuk menerima rawatan saringan.

Ini katanya kerana salah satu punca utama 15 kematian berkaitan Covid-19 di negara ini disebabkan tidak mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

“Jangkitan Covid-19 ada 5 peringkat. Mereka ditahap 3 mengalami pneumonia, tahap 4 pula sudah mengalami kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan oksigen.

“Mereka yang tahap 5 tidak lagi bernafas dengan baik dan perlu dimasukkan tiub dan memerlukan sokongan ventilator,” katanya.- HARAKAHDAILY 24/3/2020

- Advertisement -