Pemuda IKATAN Kelantan sambut baik inisiatif kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda IKATAN Negeri Kelantan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan membenarkan pengeluaran akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 selama 12 bulan.

Ketuanya, Hilmi Ramli berkata, langkah yang diambil ini pastinya melegakan ramai pihak yang terkesan dengan keadaan semasa yang berlaku ini.

“Sekiranya suami dan isteri bekerja dan mempunyai simpanan KWSP ini maka jumlah yang dapat digunakan adalah sebanyak RM 1,000. Jumlah tersebut adalah mencukupi untuk membeli keperluan harian sesebuah keluarga.

“Walaubagaimanapun pihak kami menyeru agar pihak kerajaan dapat memberi memberi insentif-insentif lain bagi membantu golongan yang tidak mempunyai simpanan KWSP seperti buruh, nelayan dan juga petani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya, bagi golongan petani, mereka berhadapan masalah untuk memasarkan hasil tanaman mereka kerana pasaran yang terhad akibat perintah kawalan perjalanan menyebabkan pasar pagi, pasar tani dan pasar borong terpaksa di tutup.

Masalah yang sama katanya turut dihadapi oleh nelayan yang semestinya memberi kesan besar terhadap kehidupan mereka.

“Pihak kami juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab ke atas kutipan zakat agar dapat digunakan kutipan zakat tersebut bagi golongan asnaf dan mereka yang benar-benar memerlukan,” ujarnya.

Beliau menyeru semuanpihak membantu kerajaan dalam memerangi wabak Covid -19 ini secara serius.

“Lihatlah kejayaan negara China dalam menghadapi wabak ini dan lihat juga kegagalan negara Itali menghadapi wabak yang sama,” katanya lagi.

Perdana Menteri hari ini telah memutuskan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan bebanan rakyat dalam mendepani penularan wabak Covid-19.- HARAKAHDAILY 23/3/2020

- Advertisement -