Covid-19: RM12 juta tanggung bantuan makanan pelajar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju untuk menanggung perbelanjaan makanan untuk 74,530 pelajar yang kini berada di kolej kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia merangkumi semua pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA), swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi.

- Advertisement -

Menurutnya, anggaran peruntukan bantuan itu membabitkan kos sebanyak RM12 juta dengan menyerahkan kepada pihak universiti dari segi agihan.

“Terserah pada universiti sama ada beli guna kupon atau beli di gerai dan kafe, terserah kepada IPT tersebut.

“Kerajaan akan menanggung sepenuhnya makanan mereka,” katanya pada sidang media yang turut disiar secara langsung di RTM hri ini.

Jelasnya, bantuan itu diagihkan dengan kos RM15 sehari selama 11 hari sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir 31 Mac ini.- HARAKAHDAILY 23/3/2020

- Advertisement -