Covid-19: Perlis umum inisiatif bantu rakyat

- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan Perlis turut mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu penduduk miskin di negeri itu yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 sekarang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Azlan Man berkata, kerajaan negeri mengurangkan bayaran sewa bulanan bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak 50 peratus bagi bulan Mac dan April.

- Advertisement -

Katanya, pembayaran itu akan ditangguhkan sehingga Mei hadapan.

“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga akan diberikan peruntukan RM10,000 secara ‘one-off’ untuk pelbagai bantuan segera kepada rakyat di kawasan DUN masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Manakala dalam perkembangan berkaitan ADUN Sanglang, Mohd Shukri yang prihatin dengan keadaan semasa turut mengedar sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk miskin di DUN berkenaan.

Katanya penyelaras Pusat Khidmat Dun dari semasa ke semasa akan sentiasa memantau keadaan penduduk dalam suasana yang mencabar sekarang.- HARAKAHDAILY 23/3/2020

- Advertisement -