Covid-19: Muslimat PAS hasilkan pelindung muka DIY

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan keperluan petugas kesihatan dan perubatan amat  memerlukan pelindung muka, Dewan Muslimat PAS Malaysia melalui inisiatif Jabatan Muslimat Medikal Team (MusMedik) berjaya menghasilkan pelindung muka DIY bagi kegunaan golongan ini.

- Advertisement -

Sebanyak 860 unit pelindung muka telah berjaya dihasilkan setakat ini di mana pelindung muka ini telah diagihkan kepada hospital dan pusat kesihatan sekitar Bangi, Serdang, Cheras dan Putrajaya hari ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Salleh menggalakkan muslimat di peringkat kawasan menghasilkan pelindung muka ini sebagai sumbangan kepada petugas kesihatan di daerah masing-masing. 

Muslimat PAS juga turut mengharapkan inisiatif-inisiatif sebegini dapat dipelbagaikan untuk membantu pihak kerajaan dalam membendung penularan wabak pandemik Covid-19 ini. – HARAKAHDAILY 22/3/2020

- Advertisement -