COVID-19: 123 kes baharu, 2 kes kematian

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan dua kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes, hari ini

- Advertisement -

Ketua Pengarah KKM, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, kes kematian kesembilan seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

Kata beliau semasa sidang medianya sebentar tadi, mangsa yang juga seorang doktor perubatan kakitangan KKM dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Sementara, kes kematian kesepuluh pula seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pada jam 4:05 petang.

Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia di mana Dr Noor Hisham juga memaklumkan 25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

Manakala, terdapat 123 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 meningkat 1,306 kes setakat hari ini. – HARAKAHDAILY 22/3/2020

- Advertisement -