Sokong penuh langkah kerajaan tangani Covid-19

- Advertisement -

PAS menyokong penuh segala langkah Kerajaan Persekutuan menangani isu Covid-19 yang sedang serius di hadapi negara sekarang.

- Advertisement -

Oleh itu semua ahli PAS wajib mematuhi segala arahan dari Pihak Berkuasa ini atas dasar kepatuhan agama, bukan hanya setakat kepatuhan undang-undang dan moral semata-mata.

PAS selain dari membatalkan semua program awam yang berbentuk perhimpunan dan ceramah sejak pertengahan bulan Februari 2020 juga turut menangguhkan semua Mesyuarat Agung dan Muktamar sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan selaras dengan ketetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Justeru itu PAS menggesa semua rakyat Malaysia agar akur serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dibuat oleh Kerajaan berdasarkan undang-undang serta peraturan berkaitan. 


Dengan mematuhi arahan tinggal di rumah serta menjaga kesihatan diri dan persekitaran, insyaallah wabak covid-19 akan dapat diatas dengan sebaiknya.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN

Setiausaha Agung PAS.
HARAKAHDAILY 21/2/3/2020.

- Advertisement -