Kerajaan PH Kedah perlu lebih proaktif

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah sehingga sekarang dianggap belum membuat apa-apa perancangan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

- Advertisement -

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kedah Nurul Amin Hamid berkata, sepatutnya kerajaan Kedah menjejaki langkah kerajaan Kelantan dan Terengganu menyediakan peruntukan khas bagi membantu rakyat.

Katanya, kerajaan PAS di Terengganu menyediakan peruntukan bagi tujuan itu sebanyak RM6 juta dan di Kelantan pula RM5 juta.

“Kami mengesa kerajaan Kedah lebih proaktif dan prihatin untuk membantu rakyat bawahan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan sekarang.

“Insentif yang boleh diambil termasuk bantuan ‘one off’ kepada semua 36 Adun Kedah sekurang-kurang RM20,000 untuk membantu rakyat,” katanya di sini.

Selain itu beliau mencadangkan bantuan one off kepada institusi masjid dan surau bagi menjalankan proses pembasmian virus.

Kelonggaran atau penangguhan bayaran cukai tanah sehingga 3 bulan dan bantuan kewangan tambahan kepada petugas barisan hadapan termasuk doktor, jururawat, petugas hospital, klinik, anggota polis, Rela dan pihak berkuasa tempatan. – HARAKAHDAILY 21/3/2020

- Advertisement -