KUALA LUMPUR: Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia (MCM) antara NGO yang terawal menghulurkan sumbangan buat petugas kesihatan di hospital dan klinik kesihatan di Malaysia yang terlibat dalam mengendalikan wabak berjangkit Covid-19.
Antara hospital dan klinik kesihatan yang menerima manfaat ini adalah Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Klinik Kesihatan Kuang, dan Klinik Kesihatan Sungai Buloh.
Walaupun setakat ini, sumbangan tersebut masih belum sampai sepenuhnya ke hospital dan klinik kesihatan seluruh negara, namun usaha baik itu diharapkan dapat menjadi contoh buat rakyat Malaysia.
Setakat ini, antara bentuk sumbangan yang di hulurkan adalah bantuan berbetuk bungkusan makanan kepada staf-staf kesihatan.
Selain itu, Muslim Care Malaysia juga turut menghulurkan sumbangan berbetuk kipas angin diharapkan sedikit sebanyak dapat menghilangkan bahang panas petugas kesihatan yang bekerja dibawah khemah dan panas matahari.
Beberapa buah khemah kecil juga diedarkan di klinik-klinik kesihatan supaya dapat menampung ruangan teduh yang lebih luas.
Seperti yang diketahui, tidak semua lokasi menjalankan saringan kesihatan Covid-19 didalam bilik berhawa dingin.
Sementara itu, bantuan berbentuk makanan ringan seperti coklat dan air berkarbonat turut diberikan diharapkan dapat membekalkan tenaga untuk staf kesihatan selain dipercayai dapat mengurangkan tekanan.
Sumbangan tersebut merupakan sumbangan rakyat Malaysia yang mampu, peduli, serta mengambil berat mengenai penat lelah ‘frontliner’ Malaysia dalam menghadapi serangan Covid-19.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh layari Facebook Muslim Care Malaysia Society dan dapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan yang dihulurkan setiap hari. – HARAKAHDAILY 21/3/2020