Pelajar di kampus usah panik Covid-19

- Advertisement -

KOTA BHARU: Anak muda dan anggota masyarakat perlu mematuhi perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, anak-anak muda hendaklah merancang dan laksanakan aktiviti bersama keluarga.

“Anak muda seharusnya menjadi tulang belakang bagi keluarga yang anda sayangi. Jadi kesempatan kawalan pergerakan yang dikuatkuasa kerajaan hendaklah dimanfaat bersama keluarga,” katanya di sini.

Beliau juga berharap pelajar yang masih berada di kampus supaya kekal tenang menghadapi situasi yang berlaku sekarang.

“Kami memahami ada merasai agak panik kerana teringat keluarga dan kampung halaman. Aturlah sebaiknya pergerakan anda, insyaAllah segalanya akan selamat.

“Kita sama berdoa agar Allah Taala segera menamatkan wabak Covid-19,” ujarnya.

HARAKAHDAILY 20/3/2020

- Advertisement -