Terima kasih buat petugas Covid-19: MP Setiu

- Advertisement -

PENGUMUMAN Kerajaan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua penduduk Malaysia amat tepat sekali. Hal ini kerana, peningkatan kes secara mendadak hari demi hari amat membimbangkan.

Lebih-lebih lagi dengan kes kematian dua orang warganegara membuktikan virus ini semakin serius. Saya yakin dengan barisan petugas yang terlatih dan profesional akan terus memberi perkhidmatan terbaik dalam menghadapi ancaman virus ini.

- Advertisement -

Saya juga yakin Kerajaan dan semua petugas sedaya upaya bertindak bagi mencegah dan mencari solusi yang tuntas agar penularan virus ini segera dihapuskan bagi mengembalikan kesejahteraan masyarakat dan kestabilan ekonomi.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua petugas yang bertungkus-lumus dalam membantu menyelamatkan nyawa rakyat daripada virus Covid-19. Semoga kesemua mereka termasuk doctor, jururawat, pembantu kesihatan dan ramai lagi terus dilindungi Allah daripada sebarang malapetaka.

Saya juga menyeru kepada seluruh warga Malaysia, khususnya penduduk Setiu agar sentiasa mendengar arahan Kerajaan dengan mengurangkan pergerakan sekaligus mampu mengurangkan risiko penularan virus kepada orang lain. Selain itu, diingatkan agar sentiasa mengamalkan langkah berhati-hati dengan memakai topeng muka dan kerap mencuci tangan.

Saya berharap dengan jasa dan pengorbanan petugas Covid-19 diberkati Allah dan semoga dengan usaha tersebut virus ini berjaya dihapuskan. Akhirnya, Sirru Ala Barakitillah.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 19/3/2020

- Advertisement -