PH cuba raih populariti ketika wabak Covid-19

- Advertisement -

SIK: PAS Kedah kesal masih ada pihak yang mempertikaikan usaha-usaha kerajaan dalam menangani gejala wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara sekarang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan mempunyai mekanisme dan kepakaran menghadapi apa sahaja situasi dalam negara.

Katanya, negara mempunyai undang-undang dalam setiap tindakan dan tidak dilakukan secara sembrono sehingga menyusahkan rakyat.

- Advertisement -

“Pihak yang memperlekehkan langkah kerajaan membendung wabak Covid-19 tidak lebih sebagai suara-suara sumbang untuk kepentingan politik mereka dan sengaja mahu mencari populariti,” katanya di sini.

Kebelakangan ini pemimpin Pakatan Harapan (PH) semakin galak membuat kenyataan dengan membandingkan kes Covid-19 tidak ketara ketika era pemerintahan mereka berbanding di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yakin hasil kerjasama orang ramai pandemik Covid 19 dapat ditangani kerajaan tidak lama lagi.- HARAKAHDAILY 19/3/2020

- Advertisement -