Pemuda PAN jagalah akhlakmu!

- Advertisement -

CAKAP biar beralas bro! Jaga akhlak ‘amanah’ jika benarlah nama amanah itu ada dalam parti kamu.

Terkejut beruk saya dengan kata-kata pemimpin Pemuda PAN terhadap Kerajaan hari ini dalam menangani isu COVID-19.

Katanya, pergerakan Kerajaan hari ini dalam menangani isu COVID-19, perlahannya macam siput babi. Mengucap banyak-banyak bro.

Kenapa mesti guna siput babi. Cukup dengan sebut siput saja. Kenapa perlu ditambah babi. Tidak ada siput bergerak laju. Semua siput bergerak perlahan. Jika ada siput bergerak macam ketam, susah kita nak makan siput.

- Advertisement -

Bila ditambah dengan babi, nampak sangat hodohnya kamu. Nampak sangat hati kamu busuk, penuh dengan hasad dengki sebab tidak lagi memegang kuasa.

Apa yang saya lihat perangai kamu berkata ini, sikit tak alat macam siput babi. Mungkin lebih sesuai jika saya buang nama siput itu, tinggal nama yang seekor itu saja, itu selayaknya untuk kamu.

Perangai kamu yang lembab macam binatang itu, bukan Menteri-menteri dan Timbalan-timbalannya. Tindakan mereka menjadi sedemikian rupa melihat kepada keadaan semasa. Perubahan yang berlaku itu biasa. Jangan gelojoh sudah.

Cuba kamu lihat binatang seekor lagi yang saya buang siputnya. Sebiji macam perangai kamu. Terlalu gelojoh dalam mengeluarkan kata-kata.

Nasihat saya, cermat sikit bila berkata. Paku dulang paku serpih. Kalaulah Menteri-menteri kamu masih di tampuk kuasa, adakah keadaan jadi lebih baik. Belum tentu lagi

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 19/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -