Tenang, jangan panik

- Advertisement -

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan ini di kuatkuasakan adalah untuk :

- Advertisement -


• semua rakyat dapat bertenang,  

• mengurangkan pergerakan, 

• jangan sentuh dengan ramai orang,

• jangan berhimpun pada skala yang besar.


Justeru itu, “menyerbu” pasaraya atas alasan membeli makanan, bimbang putus bekalan, “menyerbu” TBS atas alasan, bukankah sudah cuti maka kami mahu balik kampung, adalah tindakan yang berisiko tinggi.


Pihak kerajaan telah memberi jaminan bahawa bekalan makanan mencukupi, pasaraya dan kedai tidak ditutup. Maka tidak perlu “serbu” dalam tempoh satu masa.


Maka jangan panik. Tenang, jaga diri sebaik yang boleh dan banyakkan berdoa, semoga kita semua selamat dan baik-baik sahaja.


NASRUDIN HASSANAJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/3/2020

- Advertisement -