Rayuan Negara

- Advertisement -

WAHAI rakyat Malaysia yang tercinta,
Inilah Rayuan Negara,
Marilah kita bersatu hati,
Tidak Negara mahu menyeksa,
Tidak Kerajaan mahu menyusah,
Ini Negara dan Kerajaan kita,
Kita berganding bahu melawan arus COVID-19,
Yang telah bermaharajalela di seantero benua,
Ketahuilah COVID-19 ini bukan biasa-biasa,
Kita tidak minta ia datang ke Negara kita,
Dia datang tanpa disedari siang dan malam,
Kita tidak melihatnya, dia melihat kita,
Dia datang tanpa dipelawa,
Dia telah membunuh tidak kira siapa.

- Advertisement -

Wahai rakyat Malaysia,
Marilah kita berdisiplin,
Tahanlah sedikit emosimu,
Janganlah menggila amarahmu,
Kuasa besar manapun hatta Amerika, Britain dan China,
Semuanya kegiritan dan bungkam,
Apa lagi negara kita yang kecil ini.

Namun percayalah jika kita patriotik,
Kita akan berjaya melalui fasa sukar ini,
Mereka di barisan hadapan akan gembira,
Dengan hanya sedikit kefahaman,
Marilah kita patuhi Kawalan Pergerakan ini,
Demi Negara dan rakyat tercinta.

Wahai rakyat Malaysia,
Inilah Rayuan Negara tercinta kita,
Bukan sejuta permintaan pun,
Hanya sekelumit permintaan dan perngetian,
Dari dalam sanubarimu,
Hanya duduk diam dalam rumah,
Berhentilah berayau-rayau tanpa tujuan,
Berhentilah kopi-kopi sementara waktu.

Wahai rakyat Malaysia,
Marilah kita berdoa,
Supaya dugaan ini berlalu segera,
Supaya kita memenangi cabaran ini,
Pergi jauh dari Negara tercinta Malaysia,
Dan kita kekal kebersamaan,
Tidak berpecah lagi,
Oleh adu domba dan tukang karut,
Yang tidak bertangungjawab…

DR. AL-AZHARRI SIDDIQ KAMUNRI – HARAKAHDAILY 18/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -