Dr Izani kongsi tips elak jangkitan Covid-19

- Advertisement -

KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan Kelantan Dr Izani Husin berkongsi tip bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19.

- Advertisement -

Katanya, penyebaran virus Covid-19 adalah melalui rembesan cecair keluar daripada saluran pernafasan atau mulut individu yang dijangkiti batuk atau bersin.

Kata beliau titisan itu boleh disebarkan pada jarak 1 meter (3 kaki). 

“Jika terdapat individu lain dalam jarak 1 meter ini, virus tersebut boleh disebarkan kepada individu lain. 

“Selain itu sekiranya titisan tadi jatuh ke permukaan meja dan ada pula individu lain pula menyentuh meja tadi kemudian dia menjamah hidung, maka virus boleh tersebar kepada individu berkenaan,” katanya di sini.

Covid-19 merupakan virus daripada keluarga Corona. Kebanyakancorona virus menjangkiti haiwan dan sebilangan kecil boleh berjangkit kepada manusia.

Dr Izani yang juga bekas pengamal perubatan berkata, Covid-19 merupakan jangkitan yang serius seperti SARS dan MERS-CoV. 

“Covid-19 hari ini menyebabkan wabak di 64 negara. Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan kes definisi bagi membantu petugas kesihatan mengenalpasti kes yang disyaki Covid-19.

“Mereka yang mempunyai gejala pernafasan dan sejarah perjalanan ke negara yang dijangkiti Covid-19 atau mempunyai sejarah terdedah kepada pesakit yang disahkan,” ujarnya. 

Menurutnya juga terdapat kes-kes yang disahkan Covid-19 merupakan asymptomatic atau mereka tidak mempunyai gejala.

Sebaliknya mereka boleh menyebarkan virus Covid-19 kepada orang lain.

Oleh itu katanya larangan pergerakan yang dikuatkuasa kerajaan perlu dipatuhi setiap individu bagi mengekang gejala tersebut. – HARAKAHDAILY 18/3/2020

- Advertisement -