Covid-19: Tatacara dekontaminasi masjid dan surau

- Advertisement -

SEBELUM memulakan kerja-kerja dekontaminasi perlulah memakai pakaian perlindungan diri iaitu apron, mask, sarung tangan dan kasut bertutup.

- Advertisement -

Sediakan bancuhan Sodium Hypochlorite Contoh senang ingat adalah jenama clorox. Bancuhan yang perlu dibuat adalah 1:10. Maksudnya 1 botol clorox dicampur dengan 9 botol air biasa. Tidak perlu masak air tersebut, sebab bukan untuk minum.

Tanggalkan semua kain langsir dan direndam dalam rendaman bancuhan clorox tadi selama 20 minit. Kemudian dibasuh seperti biasa. Lepas itu jemur supaya kering.

Peralatan di masjid atau surau seperti al-Quran, buku-buku, meja, almari serta perabot-perabot lain perlu dilap dengan menggunakan bancuhan clorox yang sama.

Dinding masjid atau surau hendaklah dilap dengan bancuhan clorox dari atas ke bawah.
Sekiranya karpet masjid atau surau mudah alih atau boleh ditanggalkan, lantai hendaklah dimop dengan bancuhan clorox. 

Karpet yang ditanggalkan perlu disembur clorox kemudian dijemur. Untuk mudah gunakan alat penyembur racun yang baharu dibeli.

Sekiranya karpet tidak dapat ditanggalkan, sembur karpet dengan clorox dan dibiarkan kering.

Akhir sekali, biarkan semua peralatan yang telah disembur dan dilap kering dengan pengudaraan semulajadi (tutup kipas dan buka tingkap). Jangan buka aircond pula!


DR SUHAZELI ABDULLAH

HARAKAHDAILY 18/3/2020

- Advertisement -