K’jaan T’ganu tangani isu tanah terbiar

- Advertisement -

KERAJAAN Negeri telah bersetuju untuk menubuhkan satu task force bagi menangani isu tanah terbiar yang menjadi antara punca berkurangnya sumber hasil pertanian negeri.

- Advertisement -

Mengikut data terkini, terdapat hampir 8,000 hektar tanah terbiar di seluruh negeri. Tanah terbiar didefinisikan sebagai tanah yang mempunyai pemilik sama ada dimiliki oleh individu atau syarikat dan tidak dimajukan melebihi tempoh 3 tahun.

Task force ini akan dipengerusikan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa serta diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat SUK Terengganu. Keanggotaannya terdiri dari Jabatan-Jabatan di bawah MOA Inc. Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (Pelan Malaysia) serta beberapa jabatan lain.

Objektif task force ini ialah gerakan bersepadu untuk mengumpulkan  data, mengenal pasti punca dan masalah serta merancang pelan bertindak bagi memajukan tanah terbiar yang dikenal pasti.

Memajukan tanah terbiar ialah satu dari teras strategi bertindak yang terkandung dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023.

DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu
17 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 17/3/2020

- Advertisement -