Covid-19: Balai polis dibanjiri orang awam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Berikutan perintah larangan merentas sempadan negeri (domestik) yang dikeluarkan Ketua Polis Negara petang tadi, rata-rata balai polis kini dikerumuni orang awam yang mahu memulakan perjalanan merentas negeri mulai malam ini.

- Advertisement -

Rata-rata mereka yang ke balai polis ketika ini adalah pelajar Institut Pengajian tinggi awam dan swasta serta mereka yang bekerja di negeri berbeza dengan tempat tinggal.

Tinjauan Harakah mendapati mereka ini menunggu di balai polis untuk mendapatkan borang kebenaran rentas sempadan.

Meskipun begitu, suasana ketika ini masih lagi sibuk, namun ia masih berada dalam keadaan terkawal.

Sementara itu, tinjaun di kedai-kedai makan mulai kurang pengunjung, tidak seperti hari biasa.

Di Plaza Tol Gombak pula, kenderaan semakin banyak dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sejak petang tadi.

Suasana jam 10.30 malam di tol Duta, lebuhraya dari Kuala Lumpur menghala ke Utara.

Di lebuh raya Utara Selatan menghala ke Johor juga kenderaan semakin banyak dan menghampiri Pasir Gudang, ia semakin sesak.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata pihaknya sudah bersiap bersedia sejak dua minggu lalu untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa esok.

Ia termasuklah sekatan keluar antara negeri atau domestik yang akan berkuat kuasa malam ini.

Katanya, mereka yang ingin melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas dengan menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan.

Menurut Hamid, borang khas berkenaan boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.

- Advertisement -