PAS hulur sumbangan Tabung Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama 47 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat telah menyumbang ke dalam dana Tabung COVID-19 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, tengah hari tadi.

- Advertisement -

Ia sebagai menzahirkan keprihatinan barisan kepimpinan PAS untuk menyumbang ke dalam tabung yang diedarkan selepas Tuan Guru Abdul Hadi mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sejumlah RM1200 untuk tabung COVID-19 berjaya dikutip selepas diedarkan pada mesyuarat berkenaan sebelum tabung terbabit diedarkan dan diturunkan ke negeri-negeri.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS hari ini.
Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob (berkopiah) dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyumbang dalam Tabung Covid-19.

Hasil kutipan dana ini akan diserahkan kepada Lajnah Kesihatan PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Mazri Yahya seterusnya diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang hadir adalah Menteri Alam Sekitar, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Dato’ Takiyuddin Hasan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, Timbalan-timbalan menteri dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ialah Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim (Kementerian Sumber Manusia), Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Kementerian Wanita dan Keluarga). Ahli Parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan Senator Dewan Negara, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan lain-lain.

Tuan Guru Abdul Hadi turut melancarkan tabung dana Ihya’ Ramadhan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut melancarkan Tabung Ihya’ Ramadhan yang disaksikan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adam (kiri).

Tabung ini merupakan tahun ke 12 semasa dilancarkan oleh Allahyarham Dr Lolo’ kini diselia oleh Mohd Yusoop Abdul Hamid.

Hasil kutipan tabung Ihya Ramahdan akan digunakan semasa musim Ramadhan, untuk program harian iaitu iftar dan terawih, edaran makanan kepada gelandangan dan sumbangan kepada murabitun serta amilin PAS.

Kemuncaknya dari dana berkenaan akan digunakan untuk menganjurkan program Semarak Kasih Ramadhan ke-12 dijangka diadakan pada 17 Mei depan.

Sumbangan untuk Tabung Ihya Ramadhan boleh disalurkan di Dana Kami Prihatin Bank Islam pada nombor akaun 12113010026150 atau hubungi Pengarah Mohd Yusoop, 011-1337 3066 dan Bendahari Haji Azlan, 019- 388 6533. – HARAKAHDAILY 14/3/2020

- Advertisement -