Covid-19: Perlu kerjasama k’jaan dan masyarakat

- Advertisement -

SAYA menyokong penuh keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan solat Jumaat diteruskan dengan beberapa garis panduan keselamatan telah dikeluarkan.

Kerjasama antara kerajaan dan semua masyarakat amat diperlukan dalam membanteras virus ini. Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tindak-tanduk yang ingin dilakukan terutama ketika berada di tempat awam dan sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Oleh itu, arahan yang diberikan kepada mana-mana yang terlibat dalam perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling serta individu yang baru pulang dari negara Itali, Iran mahupun Korea segera membuat saringan kesihatan di klinik-klinik berdekatan wajar dipatuhi. Hal ini bagi membendung mudharat yang lebih besar di kemudian hari.

- Advertisement -

Saya juga mensarankan agar alat-alat yang mampu mencegah virus seperti topeng muka, pembasmi kuman dan sebagainya sentiasa mencukupi agar isu penjualan melebihi harga kawalan tidak berlaku.

Justeru, saya yakin kerjasama yang optimum dari pelbagai pihak sama ada individu ataupun kerajaan mampu mengelak virus ini daripada terus dijangkiti. Masyarakat juga perlu prihatin dengan semua arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap kesediaan rakyat daripada terus dijangkiti.

Akhirnya, saya menyeru kepada semua umat Islam khususnya untuk sentiasa mengamalkan bacaan doa dibawah agar kita semua dijauhi daripada segala mudharat dan wabak.

Islam Memimpin Perpaduan

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 13/3/2020

- Advertisement -